Click here for Myspace Layouts

Thursday, 25 October 2012

INSYAALLAH ADA JALANNYA..


Setiap permasaalahan yang berlaku, kita lebih mudah mengeluh dari mencari puncanya. Kenapa? Kerana itulah manusia. Bila ditimpa masaalah, cuba sedaya upaya untuk mencari puncanya. Jika kita tahu puncanya, maka mudahlah untuk kita cari jalan penyelesaiannya. Saya juga ada masaalah. Kadang2 saya rasa saya tidak cukup kuat untuk menghadapi setiap masaalah yang datang. Ya, saya manusia yang lemah. Kadang2 saya rasa dugaan yang datang terlalu perit untuk ditempuh. Tapi, yakinlah, percayalah, Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya. Setiap masaalah itu ada penawarnya. Manisnya ujian akan kita rasa nanti. Pernahkah kita fikir, dugaan yang pernah kita tanggung sebenarnya lebih ringan daripada orang lain. Ada orang yang dugaannya lebih berat dari kita. Ada yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata, hilang harta benda dan ada juga yang diuji dengan keadaan negara yang kucar kacir. Bukankah ia lebih perit untuk ditanggung. Jadi, bersyukur itu lebih baik. Bersyukur dengan ujian yang hanya datang sekelumit. Saya juga yakin, setiap dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah untuk menguji  setakat mana kekuatan kita untuk menghadapinya. Adakah kita semakin mendekatkan diri kepadaNya atau semakin jauh. Semoga kita sentiasa dekat denganNya walau susah atau senang. Dugaan itu datang dalam berbagai bentuk. Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Saya dengan cara saya dan kamu dengan cara kamu. kita diuji dengan tahap ujian yang berbeza. Tetapi, Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalami ujian yang tidak dapat saya tanggung. Setiap masaalah yang saya hadapi, Allah berikan jalan penyelesaiannya. Mungkin saya masih belum menghadapi alam sebenar kehidupan. Seorang pelajar yang masih lagi menuntut, mungkin ujiannya berbeza dari mereka yang sudah mempunyai kerjaya dan keluarga. Semoga Allah tidak menguji saya dengan dugaan yang perit untuk ditanggung. Jika ada masaalah sekalipun, mengadulah pada Allah. kalau perlu, menangislah semahu mahunya dihadapan pencipta kita. Insyaallah ketenangan akan kita rasa. Tidak salah untuk mengadu pada manusia, tapi biarlah ada batasnya. Bukan semua masaalah mampu diselesaikan sendirian. Jika kita menangis di hadapan manusia sekalipun, apa yang mereka boleh lakukan? Tidak lebih hanya pesanan dan ingatan. Paling kurang pun mereka hanya mampu mendengar. Tapi, jika kita menangis di hadapanNya, kita akan rasa ketenangan, masaalah yang ada akan terlerai dengan perlahan lahan. Walaupun kita masih buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya, sekurang2nya beban yang ditanggung akan kurang. Percaya dan yakinlah, hanya Dia yang mampu tenangkan hati manusia. Setiap masaalah ada jalan penyelesaiannya. insyaAllah ada jalannya..

SEKIAN… semoga dapat memberi manfaat bersama.. wassalam...


No comments:

Post a Comment