assalamualaikum.. wah, takbir raya dah sayup2 kedengaran.. tu menandakan esk raya.. insyaALLAH, kurang 24 jam dari sekarang seluruh umat Islam seluruh dunia akan sama2 merayakan hari raya aidiladha.. saya juga dengan rendah hatinya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua yang sudi bertandang di laman ini... ya, semoga kita sama2 meningkatkan ibadah kepadaNya dalam memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s... mesti ramai antara kita yang melakukan ibadah korban kan.. maka banyak la lembu dan kambing yg akan tumbang esk.. xpe, ikhlaskan niat kerana Allah.. semoga ia menjadi ibadah.. saya rasa setakat itu lah ye entry utk kali ni.. malam2 macam ni idea dah tepu.. hehehe.. duk ingatkan esk nak raya.. semoga bermanfaat utk kita bersama.. ASSALAMUALAIKUM...
Thursday, 25 October 2012
INSYAALLAH ADA JALANNYA..
Setiap
permasaalahan yang berlaku, kita lebih mudah mengeluh dari mencari puncanya.
Kenapa? Kerana itulah manusia. Bila ditimpa masaalah, cuba sedaya upaya untuk
mencari puncanya. Jika kita tahu puncanya, maka mudahlah untuk kita cari jalan
penyelesaiannya. Saya juga ada masaalah. Kadang2 saya rasa saya tidak cukup
kuat untuk menghadapi setiap masaalah yang datang. Ya, saya manusia yang lemah.
Kadang2 saya rasa dugaan yang datang terlalu perit untuk ditempuh. Tapi,
yakinlah, percayalah, Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu
ditanggung oleh hambanya. Setiap masaalah itu ada penawarnya. Manisnya ujian
akan kita rasa nanti. Pernahkah kita fikir, dugaan yang pernah kita tanggung
sebenarnya lebih ringan daripada orang lain. Ada orang yang dugaannya lebih
berat dari kita. Ada yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata, hilang
harta benda dan ada juga yang diuji dengan keadaan negara yang kucar kacir.
Bukankah ia lebih perit untuk ditanggung. Jadi, bersyukur itu lebih baik.
Bersyukur dengan ujian yang hanya datang sekelumit. Saya juga yakin, setiap
dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah untuk menguji setakat mana kekuatan kita untuk menghadapinya.
Adakah kita semakin mendekatkan diri kepadaNya atau semakin jauh. Semoga kita
sentiasa dekat denganNya walau susah atau senang. Dugaan itu datang dalam
berbagai bentuk. Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Saya dengan
cara saya dan kamu dengan cara kamu. kita diuji dengan tahap ujian yang
berbeza. Tetapi, Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalami ujian yang tidak
dapat saya tanggung. Setiap masaalah yang saya hadapi, Allah berikan jalan
penyelesaiannya. Mungkin saya masih belum menghadapi alam sebenar kehidupan.
Seorang pelajar yang masih lagi menuntut, mungkin ujiannya berbeza dari mereka
yang sudah mempunyai kerjaya dan keluarga. Semoga Allah tidak menguji saya
dengan dugaan yang perit untuk ditanggung. Jika ada masaalah sekalipun,
mengadulah pada Allah. kalau perlu, menangislah semahu mahunya dihadapan
pencipta kita. Insyaallah ketenangan akan kita rasa. Tidak salah untuk mengadu
pada manusia, tapi biarlah ada batasnya. Bukan semua masaalah mampu
diselesaikan sendirian. Jika kita menangis di hadapan manusia sekalipun, apa
yang mereka boleh lakukan? Tidak lebih hanya pesanan dan ingatan. Paling kurang
pun mereka hanya mampu mendengar. Tapi, jika kita menangis di hadapanNya, kita
akan rasa ketenangan, masaalah yang ada akan terlerai dengan perlahan lahan.
Walaupun kita masih buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya, sekurang2nya
beban yang ditanggung akan kurang. Percaya dan yakinlah, hanya Dia yang mampu
tenangkan hati manusia. Setiap masaalah ada jalan penyelesaiannya. insyaAllah
ada jalannya..
SEKIAN… semoga dapat memberi manfaat bersama.. wassalam...
Wednesday, 24 October 2012
tinggalkan kejahilan lalu..
assalamualaikum.. kita sebagai manusia sememangnya mempunyai banyak kekurangan.. mungkin suatu masa dulu kita pernah melakukan satu kasalahan yang sungguh besar sehingga kita terasa malas dan malu untuk mengingatinya.. kadang2 kita tak sedar silap apa yang pernah kita lakukan.. jika ingin tinggalkan kejahilan lalu, maka berubahlah.. usah peduli siapa kita dimasa lalu.. yang paling penting adalah siapa kita hari ini, sekarang ini dan saat ini... jadikan benda yang lepas itu sebagai pengalaman hidup.. mungkin ia boleh jadi pengajaran untuk menjadikan kita semakin matang dalam menghadapi hari yang mendatang.. cuba kita renung sejenak. adakah kita masih ingin selalu berada ditakuk lama dan tidak ingin melakukan perubahan dalam diri.. ya, sesungguhnya saya juga inginkan perubahan itu.. semoga kita berubah untuk menjadi seorang yang terbaik.. saya yakin tiada siapa yang ingin menjadi yang terburuk.. semua inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri mereka.. jadi, apa tunggu lagi kawan.. mungkin perubahan yang mendadak itu sukar untuk direalisasikan.. mengapa tidak kita cuba perlahan2.. lama2 nanti banyak la perubahan tu.. hehehe.. saya rasa setakat tu dulu untuk entry kali ni.. semoga memberi manfaat bersama.. insyaALLAH....
Tuesday, 23 October 2012
dunia makin ganas
Benarkah dunia makin ganas?
Sebenarnya bukan dunia yang makin ganas, tapi penghuni dunia yang makin ganas.
Kadang-kadang saya rasa takut untuk menghadapi dunia yang akan datang. Adakah
saya sudah bersedia untuk menangkis segala cabaran yang akan datang? Makin hari
makin pelik perangai manusia. Ada yang bunuh bapa sendiri, jenayah rogol sana
sini, haruan makan anak, dan macam2. Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa
semua ini terjadi di negara kita yang dikatakan aman dan makmur ini? Mungkinkan
kerana kurangnya didikan agama? Jika dunia sekarang seperti ini, bagaimana
dengan nasib anak cucu kita nanti. Sudah semestinya mereka akan menjadi seperti
generasi kita sekarang atau mungkin lebih teruk jika kita hanya memandang dari
jauh perkara ini. Sebenarnya ia terletak pada diri kita sendiri. Sejauh mana
usaha kita untuk menangkis segala permasaalahan yang kita hadapi sekarang.
Mungkin kita hanya menyalahkan pemimpin. Ya, ada benarnya apa yang kita
fikirkan. Kemakmuran sesebuah negara terletak pada bagaimana pemimpinnya
mengatur negara. Tapi adakah segala-galanya terletak pada bahu pemimpin itu
sahaja? Tidak sama sekali. Kita juga memainkan peranan yang amat penting dalam
menangani isu yang semakin menjadi-jadi ini. Apa peranan kita sebenarnya?
Pernahkah kita diam sejenak dan berfikir, adakah kita sebagai penghuni dunia
telah memberikan apa-apa sumbangan yang memungkinkan negara kita menjadi negara
yang bebas dari segala jenayah dan mengamalkan ajaran2 yang berteraskan
Al-Quran dan hadis? Mungkin kita hanya menjadi penghuni yang sekadar menghuni
dunia. Kata2 ini sama sekali tidak merujuk kepada mana-mana pihak. Ia hanya
sebagai renungan kepada diri sendiri.
Kadang2 saya memikirkan saya tidak pernah berusaha untuk membawa diri sendiri
kearah yang lebih baik. Adakah kita ingin sentiasa berada ditakuk yang lama
tanpa melakukan pembaharuan dalam diri kita sendiri? Fikirkanlah, tidak susah
sebenarnya untuk duduk sebentar dan berfikir, apa yang kita inginkan didunia
ini.
Wassalam…..
Subscribe to:
Posts (Atom)


