Click here for Myspace Layouts

Tuesday, 23 October 2012

dunia makin ganas


Benarkah dunia makin ganas? Sebenarnya bukan dunia yang makin ganas, tapi penghuni dunia yang makin ganas. Kadang-kadang saya rasa takut untuk menghadapi dunia yang akan datang. Adakah saya sudah bersedia untuk menangkis segala cabaran yang akan datang? Makin hari makin pelik perangai manusia. Ada yang bunuh bapa sendiri, jenayah rogol sana sini, haruan makan anak, dan macam2. Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa semua ini terjadi di negara kita yang dikatakan aman dan makmur ini? Mungkinkan kerana kurangnya didikan agama? Jika dunia sekarang seperti ini, bagaimana dengan nasib anak cucu kita nanti. Sudah semestinya mereka akan menjadi seperti generasi kita sekarang atau mungkin lebih teruk jika kita hanya memandang dari jauh perkara ini. Sebenarnya ia terletak pada diri kita sendiri. Sejauh mana usaha kita untuk menangkis segala permasaalahan yang kita hadapi sekarang. Mungkin kita hanya menyalahkan pemimpin. Ya, ada benarnya apa yang kita fikirkan. Kemakmuran sesebuah negara terletak pada bagaimana pemimpinnya mengatur negara. Tapi adakah segala-galanya terletak pada bahu pemimpin itu sahaja? Tidak sama sekali. Kita juga memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu yang semakin menjadi-jadi ini. Apa peranan kita sebenarnya? Pernahkah kita diam sejenak dan berfikir, adakah kita sebagai penghuni dunia telah memberikan apa-apa sumbangan yang memungkinkan negara kita menjadi negara yang bebas dari segala jenayah dan mengamalkan ajaran2 yang berteraskan Al-Quran dan hadis? Mungkin kita hanya menjadi penghuni yang sekadar menghuni dunia. Kata2 ini sama sekali tidak merujuk kepada mana-mana pihak. Ia hanya sebagai renungan  kepada diri sendiri. Kadang2 saya memikirkan saya tidak pernah berusaha untuk membawa diri sendiri kearah yang lebih baik. Adakah kita ingin sentiasa berada ditakuk yang lama tanpa melakukan pembaharuan dalam diri kita sendiri? Fikirkanlah, tidak susah sebenarnya untuk duduk sebentar dan berfikir, apa yang kita inginkan didunia ini.

Wassalam…..

No comments:

Post a Comment