Click here for Myspace Layouts

Monday, 5 November 2012

CINTA.. ANTARA REALITI DAN FANTASI..


Berbicara soal hati dan perasaan tiada kata yang dapat menggambarkan bagaimana rupanya. Cinta. Saya pasti semua orang pasti akan mengalami, sedang mengalami atau sudahpun mengalaminya. saya juga tidak terkecuali. tapi, sejauh mana rasa cinta ini mampu kekal dalam diri kita. saya juga tidak mampu untuk menyangkal rasa cinta yang terbit dari hati. ia kadangkala boleh membahagiakan, boleh juga jadi racun. cinta itu pada asalnya satu fitrah yang suci. tapi, perlukah rasa cinta atau bercinta  itu pada saat kita masih lagi bergelar seorang pelajar yang masih lagi sepenuhnya dibawah tanggungjawab seorang ayah. pada saya, ia masih tidak perlu.. mungkin mempunyai rasa cinta itu pernah tapi untuk mempunyai hubungan itu masih tidak patut saya rasa.. haha.. ya, saya masih lagi remaja yang masih mencari identiti diri.. kadang2 saya juga masih lagi keliru dengan rasa yang kadangkala hadir tanpa diundang.. ya, itulah fitrah yang perlu saya tempuh.. nak tak nak saya terpaksa mengharunginya walau ia datang bukan pada waktu yang tepat.. apa yang dapat saya katakan, cinta yang hadir pada saat ini hanyalah satu fantasi.. bukan lagi satu realiti.. perasaan itu tidak lebih hanya untuk menguji kekuatan hati.. sabarlah ye, dah tak lama dah tu.. nanti tiba la masanya.. hehehe.. insyaALLAH, kalau kita sabar, ALLAH akan bagi yang terbaik untuk kita.. yang penting kita kena ingat, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..so, apa lagi.. jom kita pakat baiki diri.. semoga satu hari nanti kita akan bertemu dengan seorang yang terbaik,, INSYAALLAH... semoga bermanfaat..=)

                                  

Thursday, 25 October 2012

SALAM AIDILADHA..

assalamualaikum.. wah, takbir raya dah sayup2 kedengaran.. tu menandakan esk raya.. insyaALLAH, kurang 24 jam dari sekarang seluruh umat Islam seluruh dunia akan sama2 merayakan hari raya aidiladha.. saya juga dengan rendah hatinya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua yang sudi bertandang di laman ini... ya, semoga kita sama2 meningkatkan ibadah kepadaNya dalam memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s... mesti ramai antara kita yang melakukan ibadah korban kan.. maka banyak la lembu dan kambing yg akan tumbang esk.. xpe, ikhlaskan niat kerana Allah.. semoga ia menjadi ibadah.. saya rasa setakat itu lah ye entry utk kali ni.. malam2 macam ni idea dah tepu.. hehehe.. duk ingatkan esk nak raya.. semoga bermanfaat utk kita bersama.. ASSALAMUALAIKUM...

INSYAALLAH ADA JALANNYA..


Setiap permasaalahan yang berlaku, kita lebih mudah mengeluh dari mencari puncanya. Kenapa? Kerana itulah manusia. Bila ditimpa masaalah, cuba sedaya upaya untuk mencari puncanya. Jika kita tahu puncanya, maka mudahlah untuk kita cari jalan penyelesaiannya. Saya juga ada masaalah. Kadang2 saya rasa saya tidak cukup kuat untuk menghadapi setiap masaalah yang datang. Ya, saya manusia yang lemah. Kadang2 saya rasa dugaan yang datang terlalu perit untuk ditempuh. Tapi, yakinlah, percayalah, Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya. Setiap masaalah itu ada penawarnya. Manisnya ujian akan kita rasa nanti. Pernahkah kita fikir, dugaan yang pernah kita tanggung sebenarnya lebih ringan daripada orang lain. Ada orang yang dugaannya lebih berat dari kita. Ada yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata, hilang harta benda dan ada juga yang diuji dengan keadaan negara yang kucar kacir. Bukankah ia lebih perit untuk ditanggung. Jadi, bersyukur itu lebih baik. Bersyukur dengan ujian yang hanya datang sekelumit. Saya juga yakin, setiap dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah untuk menguji  setakat mana kekuatan kita untuk menghadapinya. Adakah kita semakin mendekatkan diri kepadaNya atau semakin jauh. Semoga kita sentiasa dekat denganNya walau susah atau senang. Dugaan itu datang dalam berbagai bentuk. Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Saya dengan cara saya dan kamu dengan cara kamu. kita diuji dengan tahap ujian yang berbeza. Tetapi, Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalami ujian yang tidak dapat saya tanggung. Setiap masaalah yang saya hadapi, Allah berikan jalan penyelesaiannya. Mungkin saya masih belum menghadapi alam sebenar kehidupan. Seorang pelajar yang masih lagi menuntut, mungkin ujiannya berbeza dari mereka yang sudah mempunyai kerjaya dan keluarga. Semoga Allah tidak menguji saya dengan dugaan yang perit untuk ditanggung. Jika ada masaalah sekalipun, mengadulah pada Allah. kalau perlu, menangislah semahu mahunya dihadapan pencipta kita. Insyaallah ketenangan akan kita rasa. Tidak salah untuk mengadu pada manusia, tapi biarlah ada batasnya. Bukan semua masaalah mampu diselesaikan sendirian. Jika kita menangis di hadapan manusia sekalipun, apa yang mereka boleh lakukan? Tidak lebih hanya pesanan dan ingatan. Paling kurang pun mereka hanya mampu mendengar. Tapi, jika kita menangis di hadapanNya, kita akan rasa ketenangan, masaalah yang ada akan terlerai dengan perlahan lahan. Walaupun kita masih buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya, sekurang2nya beban yang ditanggung akan kurang. Percaya dan yakinlah, hanya Dia yang mampu tenangkan hati manusia. Setiap masaalah ada jalan penyelesaiannya. insyaAllah ada jalannya..

SEKIAN… semoga dapat memberi manfaat bersama.. wassalam...


Wednesday, 24 October 2012

tinggalkan kejahilan lalu..

assalamualaikum.. kita sebagai manusia sememangnya mempunyai banyak kekurangan.. mungkin suatu masa dulu kita pernah melakukan satu kasalahan yang sungguh besar sehingga kita terasa malas dan malu untuk mengingatinya.. kadang2 kita tak sedar silap apa yang pernah kita lakukan.. jika ingin tinggalkan kejahilan lalu, maka berubahlah.. usah peduli siapa kita dimasa lalu.. yang paling penting adalah siapa kita hari ini, sekarang ini dan saat ini... jadikan benda yang lepas itu sebagai pengalaman hidup.. mungkin ia boleh jadi pengajaran untuk menjadikan kita semakin matang dalam menghadapi hari yang mendatang.. cuba kita renung sejenak. adakah kita masih ingin selalu berada ditakuk lama dan tidak ingin melakukan perubahan dalam diri.. ya, sesungguhnya saya juga inginkan perubahan itu.. semoga kita berubah untuk menjadi seorang yang terbaik.. saya yakin tiada siapa yang ingin menjadi yang terburuk.. semua inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri mereka.. jadi, apa tunggu lagi kawan.. mungkin perubahan yang mendadak itu sukar untuk direalisasikan.. mengapa tidak kita cuba perlahan2.. lama2 nanti banyak la perubahan tu.. hehehe.. saya rasa setakat tu dulu untuk entry kali ni.. semoga memberi manfaat bersama.. insyaALLAH....


Tuesday, 23 October 2012

dunia makin ganas


Benarkah dunia makin ganas? Sebenarnya bukan dunia yang makin ganas, tapi penghuni dunia yang makin ganas. Kadang-kadang saya rasa takut untuk menghadapi dunia yang akan datang. Adakah saya sudah bersedia untuk menangkis segala cabaran yang akan datang? Makin hari makin pelik perangai manusia. Ada yang bunuh bapa sendiri, jenayah rogol sana sini, haruan makan anak, dan macam2. Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa semua ini terjadi di negara kita yang dikatakan aman dan makmur ini? Mungkinkan kerana kurangnya didikan agama? Jika dunia sekarang seperti ini, bagaimana dengan nasib anak cucu kita nanti. Sudah semestinya mereka akan menjadi seperti generasi kita sekarang atau mungkin lebih teruk jika kita hanya memandang dari jauh perkara ini. Sebenarnya ia terletak pada diri kita sendiri. Sejauh mana usaha kita untuk menangkis segala permasaalahan yang kita hadapi sekarang. Mungkin kita hanya menyalahkan pemimpin. Ya, ada benarnya apa yang kita fikirkan. Kemakmuran sesebuah negara terletak pada bagaimana pemimpinnya mengatur negara. Tapi adakah segala-galanya terletak pada bahu pemimpin itu sahaja? Tidak sama sekali. Kita juga memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu yang semakin menjadi-jadi ini. Apa peranan kita sebenarnya? Pernahkah kita diam sejenak dan berfikir, adakah kita sebagai penghuni dunia telah memberikan apa-apa sumbangan yang memungkinkan negara kita menjadi negara yang bebas dari segala jenayah dan mengamalkan ajaran2 yang berteraskan Al-Quran dan hadis? Mungkin kita hanya menjadi penghuni yang sekadar menghuni dunia. Kata2 ini sama sekali tidak merujuk kepada mana-mana pihak. Ia hanya sebagai renungan  kepada diri sendiri. Kadang2 saya memikirkan saya tidak pernah berusaha untuk membawa diri sendiri kearah yang lebih baik. Adakah kita ingin sentiasa berada ditakuk yang lama tanpa melakukan pembaharuan dalam diri kita sendiri? Fikirkanlah, tidak susah sebenarnya untuk duduk sebentar dan berfikir, apa yang kita inginkan didunia ini.

Wassalam…..